Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 45 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan” dengan perkataan “apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit, dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun”; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1618
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.”.
Pindaan seksyen 45a