Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:
“Bahagian Va
PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL
Pengenaan cukai pelancongan 20a. (1) Walau apa pun seksyen 6, cukai pelancongan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan platform digital pada kadar yang ditetapkan mengikut seksyen 8.
(2)
Adalah menjadi kewajipan pelancong itu untuk membayar cukai pelancongan kepada pemberi perkhidmatan platform digital.
(3)
Jika cukai pelancongan bagi premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian telah dibayar oleh pelancong kepada pemberi perkhidmatan platform digital, pengendali tidak boleh memungut cukai pelancongan daripada pelancong itu, dengan syarat bahawa pelancong itu hendaklah mengemukakan bukti pembayaran itu.
8
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1633
Kewajipan pemberi perkhidmatan platform digital untuk memungut cukai pelancongan dan membayar cukai pelancongan yang dipungut kepada Ketua Pengarah 20b. (1) Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital yang menyediakan premis penginapan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian hendaklah memungut cukai pelancongan daripada pelancong.
(2)
Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah membayar cukai pelancongan yang dipungut atau kena dipungut di bawah Akta ini kepada Ketua Pengarah.
Tanggungan pemberi perkhidmatan platform digital untuk mendaftar 20c. (1) Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah bertanggungan untuk mendaftar di bawah Bahagian ini dan bagi maksud itu hendaklah memohon kepada Ketua
Pengarah untuk didaftarkan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Permohonan untuk pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital itu memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang premis penginapan itu di dalam Malaysia.
(3)
Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang premis penginapan itu di dalam Malaysia sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa, hendaklah tidak lewat daripada tiga bulan sebelum tarikh
Bahagian ini mula berkuat kuasa, memohon kepada Ketua
Pengarah untuk didaftarkan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Cukai Pelancongan (Pindaan)
9
Pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital 20d. (1) Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang membuat permohonan untuk didaftarkan di bawah subseksyen 20c(1)
atau (3) berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas permohonan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang tidak berdaftar di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya selepas maklumat yang berhubungan dengan pengendalian pemberi perkhidmatan platform digital diketahui atau diberitahu kepada Ketua Pengarah.
Pembatalan pendaftaran 20e. (1) Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam
Malaysia atau dikecualikan di bawah seksyen 9 daripada kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian Va hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang hakikat itu dan tarikhnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian.
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1)
diterima, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan platform digital itu dari tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1)
dan Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemberi perkhidmatan platform digital telah berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dikecualikan di bawah seksyen 9
daripada kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian Va,
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital berhenti memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian di dalam Malaysia atau dari tarikh pemberi perkhidmatan platform digital dikecualikan daripada kehendak untuk mendaftar atau dari tarikh yang terkemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
10
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1633
Invois, resit atau dokumen lain 20f. (1) Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh premis penginapan yang disediakan atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, mengeluarkan suatu invois, resit atau dokumen lain dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris kepada pelancong berkenaan dengan premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian dan hendaklah menyatakan amaun cukai pelancongan yang kena dibayar secara berasingan daripada apa-apa caj lain yang dikenakan ke atas pelancong itu.
(2)
Invois, resit atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan secara elektronik atau dalam bentuk fizikal.
(3)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Nota kredit dan nota debit 20g. Jika seseorang pemberi perkhidmatan platform digital mengeluarkan nota kredit atau nota debit yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan dalam hal keadaan dan mengikut syarat yang ditetapkan, pemberi perkhidmatan platform digital itu hendaklah membuat pelarasan dalam penyatanya dengan sewajarnya.
Tempoh bercukai 20h. (1) Tempoh bercukai bagi seseorang pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah suatu tempoh tiga bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan bagi mana-mana tahun kalendar.
Cukai Pelancongan (Pindaan)
(2)
Pemberi perkhidmatan platform digital itu boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh yang sebagaimana ditentukan di bawah subseksyen (1).
(3)
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2) diterima—
(a)
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
(b)
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(c)
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai bermula atau berakhir.
(4)
Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut, menetapkan semula pemberi perkhidmatan platform digital itu kepada apa-apa tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan sebelum itu di bawah subseksyen (1) atau (3).
Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan 20i. (1) Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai pelancongan yang diterima dalam suatu penyata sebagaimana yang ditetapkan dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai pemberi perkhidmatan platform digital itu yang berkaitan dengan penyata itu.
(2)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar oleh pemberi perkhidmatan platform digital berkenaan dengan tempoh bercukai yang berkaitan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang pemberi perkhidmatan platform digital itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
12
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1633
(3)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang terhenti daripada berdaftar di bawah seksyen 20d hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti daripada berdaftar atau apa-apa tarikh yang kemudian dari itu sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir yang pemberi perkhidmatan platform digital itu berdaftar.
(4)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan sama ada atau tidak terdapat cukai pelancongan yang kena dibayar.
(5)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang gagal mengemukakan penyata yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(6)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang gagal membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(7)
Jika apa-apa cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital selepas hari terakhir yang ia genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) dan tiada pendakwaan dimulakan, pemberi perkhidmatan platform digital itu hendaklah membayar—
(a)
bagi tempoh tiga puluh hari yang pertama yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar;
Cukai Pelancongan (Pindaan)
(b)
bagi tempoh tiga puluh hari yang kedua yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
bagi tempoh tiga puluh hari yang ketiga yang cukai pelancongan itu tidak dibayar sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), penalti tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai pelancongan itu yang masih belum dibayar.
(8)
Tertakluk kepada subseksyen (10), pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (6) boleh dimulakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (7)(c).
(9)
Mahkamah boleh memerintahkan seorang pemberi perkhidmatan platform digital yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (6) membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
(10)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (6)
boleh dimulakan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital yang telah membayar amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (7).
Kewajipan untuk menyimpan rekod 20j. (1) Tiap-tiap pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah menyimpan rekod yang lengkap, benar dan kemas kini bagi segala transaksi yang menyentuh atau mungkin menyentuh tanggungannya untuk memungut cukai pelancongan dalam buku akaun atau rekod lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berkaitan dengan rekod itu dan hendaklah tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana pegawai kanan kastam.
14
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1633
(3)
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.
(4)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis, dsb.
Quoted provision
Seksyen 20k
Tiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada pemberi perkhidmatan platform digital boleh disampaikan melalui perkhidmatan elektronik di bawah seksyen 62.”.
Pindaan seksyen 24