Malaysia legislation

Section 2

of AKTA CUKAI PELANCONGAN (PINDAAN) 2021

Seksyen 2

Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1 seksyen yang berikut:

“Pemakaian wilayah dan luar wilayah 1a.  (1)  Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraan, di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu ialah seorang pemberi perkhidmatan platform digital yang berdaftar di bawah seksyen 20d.”.

Pindaan seksyen 2

Section 2 — AKTA CUKAI PELANCONGAN (PINDAAN) 2021 | mylaw.my