Malaysia legislation

Section 3

of AKTA CUKAI PELANCONGAN (PINDAAN) 2021

Seksyen 3

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “pengendali” takrif yang berikut:

‘ “pemberi perkhidmatan platform digital” ertinya mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian kepada seseorang pelancong sama ada orang itu di dalam atau di luar Malaysia;’; dan

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “premis penginapan”

takrif yang berikut:

‘ “perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian” ertinya apa-apa perkhidmatan dalam talian yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan yang dihantar secara automatik melalui internet atau apa-apa rangkaian elektronik yang lain;’.

Cukai Pelancongan (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 9