Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah subseksyen (1)
dan Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengendali itu telah berhenti mengendalikan premis penginapan atau dikecualikan di bawah seksyen 9, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pengendali itu dari tarikh pengendali itu berhenti mengendalikan premis penginapan atau dari tarikh pengendali itu dikecualikan atau dari tarikh kemudian sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.