Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pengendali boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai yang lain.
(4)
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan di bawah subseksyen (3) diterima—
(a)
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
(b)
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(c)
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai itu bermula atau berakhir.
(5)
Walau apa pun subseksyen (1) atau (4), Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut, menetapkan semula apa-apa tempoh bercukai lain untuk pengendali itu.”.
Pindaan seksyen 20