Malaysia legislation

Section 4

of AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2021

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

seksyen yang berikut:

“Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan 14a.  (1)  Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik levi atau penalti di bawah subseksyen 14(1) hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen 14(1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.”.

Section 4 — AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PINDAAN) 2021