Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian XI bahagian yang berikut:
“Bahagian XIa
PENGUBAHSUAIAN TAMBAHAN KEPADA AKTA PEMAJUAN
PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966
(a)
“perjanjian” ertinya suatu perjanjian bagi kontrak jualan bagi jual beli kediaman perumahan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual G, H, I dan J
Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1989; dan
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
(b)
“perjanjian pertama” ertinya perjanjian yang pertama dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi suatu kediaman perumahan berhubung dengan suatu pemajuan perumahan di bawah satu lesen pemaju perumahan dan satu permit iklan dan jualan.
Caj pembayaran lewat 38b. (1) Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli gagal untuk membayar apa-apa ansuran bagi tempoh dari 1 Januari 2021
hingga 31 Disember 2021, pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli itu.
(2)
Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pembeli dan pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.
Penyerahan pemilikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama 38c. (1) Berhubung dengan suatu pemajuan perumahan, walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021
dikecualikan daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau penyiapan kemudahan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam pemajuan perumahan itu.
(2)
Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengecualikan mana-mana tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 daripada pengiraan masa bagi penyerahan pemilikan kosong suatu rumah kediaman atau penyiapan kemudahan bersama jika Menteri berpuas hati bahawa disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan,
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1641
dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pemaju itu tidak dapat menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama mengikut perjanjian.
(3)
Menteri tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika permohonan dibuat selepas habisnya masa bagi penyerahan pemilikan kosong atau penyiapan kemudahan bersama yang dinyatakan di bawah perjanjian.
(4)
Subseksyen (1) hanya terpakai kepada pemaju suatu pemajuan perumahan yang perjanjian pertamanya telah dibuat sebelum 31 Mei 2021.
(5)
Bagi maksud pengiraan ganti rugi jumlah tertentu atas sebab kegagalan pemaju untuk menyerahkan pemilikan kosong suatu kediaman perumahan atau menyiapkan kemudahan bersama, tempoh yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) tidak boleh diambil kira.
Pengambilan pemilikan kosong 38d. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli tidak dapat mengambil pemilikan suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju semasa tempoh dari 1 Jun 2021
hingga 31 Oktober 2021 atau apa-apa tempoh pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen 38c(2), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu.
Tempoh liabiliti kecacatan 38e. Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, berhubung dengan mana-mana pemajuan perumahan, tempoh dari 1 Jun 2021
hingga 31 Oktober 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan—
(a)
tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong suatu kediaman perumahan;
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan
Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)
(b)
tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh kemudahan bersama disiapkan; dan
(c)
masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan apa-apa kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada suatu kediaman perumahan dan kemudahan bersama.
Kecualian 38f. (1) Apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang diberikan di bawah seksyen 38b, 38c, 38d dan 38e tidak boleh menjejaskan apa-apa pengecualian atau pelanjutan yang telah diberikan di bawah seksyen 34, 35 dan 36.
(2)
Pengubahsuaian dalam seksyen 38b, 38c, 38d dan 38e tidak boleh menjejaskan apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan, atau apa-apa penghakiman atau award yang diperoleh, untuk mendapatkan caj pembayaran lewat yang kena dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang kena dibayar oleh pemaju atau apa-apa wang lain semasa tempoh dari 24 Oktober 2020
hingga tarikh sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini.
(3)
Walau apa pun seksyen 38b dan 38c, apa-apa caj pembayaran lewat yang telah dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang telah dibayar oleh pemaju sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibayar dengan sah di bawah
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
dan peraturan-peraturannya, dan pembayaran itu tidak boleh dibayar balik kepada pembayar.”.
Penggantian seksyen 39