Malaysia legislation

Section 7

of AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PINDAAN) 2022

Seksyen 7

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

seksyen yang berikut:

“Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi dari 1 Jun 2021

hingga 31 Disember 2021 40a.  Tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021

hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4) dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1a).

Tempoh bagi pemberian pengiktirafan, pembuatan laporan dan pemfailan representasi bagi majikan, kesatuan sekerja majikan, dsb., yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 40b.  (1)  Tempoh yang mana-mana majikan, kesatuan sekerja majikan, kesatuan sekerja pekerja atau pekerja berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi pemberian pengiktirafan atau pemberitahuan secara bertulis kepada kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan alasan-alasan untuk tidak memberi pengiktirafan di bawah subseksyen 9(3), pembuatan suatu laporan secara bertulis kepada

Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah subseksyen 9(4)

dan pemfailan representasi di bawah subseksyen 20(1a).

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”.

Penggantian seksyen 42