Malaysia legislation

Section 9

of AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PINDAAN) 2022

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian XIII bahagian yang berikut:

“Bahagian XIIIa

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SABAH

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan

Buruh Sabah 42a.  Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1641

Quoted provision

Seksyen 42b

Tempoh dari 1 Jun 2021 sehingga habis tempoh kuat kuasa atau apa-apa tarikh kuat kuasa yang dilanjutkan Akta ini, tetapi tidak melebihi 31 Disember 2022, hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada

Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan

Buruh Sabah.

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 7a(3)

bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 42c.  (1)  Tempoh yang mana-mana pekerja berada di suatu tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 7a(3) Ordinan Buruh Sabah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bahagian XIIIb

PENGUBAHSUAIAN KEPADA ORDINAN BURUH SARAWAK

Permulaan kuat kuasa pengubahsuaian kepada Ordinan

Buruh Sarawak 42d.  Bahagian ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 29 Mei 2021.

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8a(3)

Quoted provision

Seksyen 42e

Tempoh dari 29 Mei 2021 hingga 31 Oktober 2021

hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8a(3) Ordinan Buruh Sarawak.

Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan)

11

Tempoh bagi membuat aduan di bawah subseksyen 8a(3)

bagi pekerja yang berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat 42f.  (1)  Tempoh yang mana-mana pekerja berada di tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan diperketat hendaklah dikecualikan daripada pengiraan tempoh bagi membuat aduan kepada Pengarah Tenaga Kerja di bawah subseksyen 8a(3)

Ordinan Buruh Sarawak.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perintah kawalan pergerakan diperketat” merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”.

Pindaan seksyen 59