Malaysia legislation

Section 25

of AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) (PINDAAN) 2022

Seksyen 25

Kecualian

(1)

Apa-apa petisyen, permohonan, siasatan, pendengaran dan prosiding berhubung dengan pembahagian suatu harta pusaka kecil yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah diuruskan mengikut Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa perintah, surat kuasa tadbir, keputusan, penentuan, arahan, perakuan, pelantikan, rujukan, tindakan dan notis berhubung dengan pembahagian suatu harta pusaka kecil yang telah dibuat, dilakukan atau dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat, dilakukan atau dikeluarkan oleh Pegawai Pembahagian Harta Pusaka dan terus berkuat kuasa.

(3)

Apa-apa rayuan kepada apa-apa perintah, keputusan atau tindakan yang dibuat atau dilakukan di bawah seksyen 29

Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah seksyen 29 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Section 25 — AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) (PINDAAN) 2022