Malaysia legislation

Section 6

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 6

“Kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“kanak-kanak” perkataan “atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental”;

(b)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(c)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula—

(i)

dengan menggantikan perkataan “seorang kanak-kanak”

dengan perkataan “seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental”;

Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan)

(ii)

dengan memotong perkataan “bagi maksud eksploitasi,”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda” dengan perkataan “pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen ini, cara yang digunakan terhadap orang yang diperdagangkan yang merupakan seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental adalah tidak relevan dan bukanlah menjadi satu kehendak untuk dibuktikan.”.

Pindaan seksyen 15a