Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], yang disebut
(a)
dengan memotong takrif “ahli taksidermi berlesen”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1646
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
(PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1646
(b)
dengan menggantikan takrif “eksport” dengan takrif yang berikut:
‘ “eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Semenanjung Malaysia atau Wilayah Persekutuan Labuan, melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;’;
(c)
dalam takrif “hidupan liar”, dengan menggantikan perkataan “atau yang dilindungi” dengan perkataan
“, yang dilindungi atau yang dikawal”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “hidupan liar” takrif yang berikut:
‘ “hidupan liar yang dikawal” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;’;
(e)
dengan menggantikan takrif “import” dengan takrif yang berikut:
‘ “import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Semenanjung Malaysia atau
Wilayah Persekutuan Labuan, melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar;’;
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “orang asli” takrif yang berikut:
‘ “pameran hidupan liar” ertinya suatu aktiviti buat sementara yang mempamerkan hidupan liar dan dibuka kepada umum;’;
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai penguat kuasa”
takrif yang berikut:
‘ “pembiak baka dalam kurungan” ertinya seseorang yang diberi suatu permit untuk mengendalikan pembiakbakaan dalam kurungan komersial di bawah
Akta ini;’;
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
(h)
dengan menggantikan takrif “pembiakbakaan dalam kurungan komersial” dengan takrif yang berikut:
‘ “pembiakbakaan dalam kurungan komersial” ertinya suatu proses pembiakan hidupan liar dalam kurungan melalui induk yang mengawan, atau melalui apa-apa kaedah persenyawaan, dalam suatu persekitaran terkawal bagi maksud komersial;’;
(i)
dengan memotong takrif “perniagaan taksidermi”;
(j)
dengan memotong takrif “spesies yang dikawal”; dan
(k)
dengan menggantikan takrif “urusan berniaga” dengan takrif yang berikut:
‘ “urusan berniaga” ertinya suatu perniagaan yang melibatkan penjalanan aktiviti yang berikut:
(a)
menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dikawal, sebagai makanan atau bagi maksud perubatan;
(b)
menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi, hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dikawal;
(c)
menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya sebagai binatang peliharaan; atau
(d)
menjual atau membeli untuk dijual semula mana-mana anak mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya daripada hasil pembiakbakaan dalam kurungan komersial termasuklah mana-mana bahagian atau terbitan anak itu.’.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1646
Pindaan seksyen 9