Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 47
seksyen yang berikut:
“Pengiraan premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu 47a. (1) Premium pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:
(a)
premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
(b)
premium pertama deposit Islam dan konvensional hendaklah dikira secara berasingan; dan
(c)
kadar premium yang terpakai bagi setiap anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
(2)
Premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penerima deposit baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.
Pindaan seksyen 48