Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49
seksyen yang berikut:
“Premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit di bawah skim pemindahan perniagaan 49a. (1) Jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran—
(a)
anggota penerima pindahan hendaklah membayar premium tahunan bagi tahun taksiran itu yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri;
(b)
premium tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—
(i)
berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1647
(ii)
dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
(c)
pihak pemindah tidak dikehendaki untuk membayar premium tahunan di bawah seksyen 48 bagi tahun taksiran itu; dan
(d)
bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan
Islamnya dipindahkan di bawah suatu skim pemindahan perniagaan kepada anggota penerima pindahan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan
Islam.
(2)
Jika perniagaan satu atau lebih bukan anggota penerima deposit dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1)
dalam suatu tahun taksiran—
(a)
anggota penerima pindahan itu hendaklah, walaupun ia telah membayar premium tahunan di bawah subseksyen 48(1), membayar premium tahunan tambahan yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan
(b)
premium tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—
(i)
berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan
(ii)
dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berhubung dengan kategori yang anggota penerima deposit dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.
(4)
Mana-mana anggota penerima deposit yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.”.
Pindaan seksyen 54