Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Seksyen 54 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Apa-apa” dengan perkataan
“Tertakluk kepada subseksyen (2), apa-apa”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
(a)
memperuntukkan pengurangan sebahagian atau keseluruhan, penepian, pembayaran balik atau rebat amaun apa-apa premium atau surcaj premium kepada mana-mana anggota penerima deposit; dan
(b)
menentukan apa-apa syarat berkenaan dengan perenggan (a).”.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1647
Pindaan seksyen 63