Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2022

Seksyen 38

Pindaan seksyen 134a

(a)

dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaan perbankan Islamnya” perkataan

“termasuk kumpulan wang perbankan Islam atau mana-mana akaun yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(3)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, tertakluk kepada perenggan (aa)”;

(b)

dalam subperenggan (2)(a)(ii)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen 292(1)”

dengan perkataan “subseksyen 527(1)”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (2)(a), perenggan yang berikut:

“(aa) walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk kepada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a) Akta Syarikat 2016

yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f) Akta Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan; dan”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (3).

Penggantian seksyen 134b

Section 38 — AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2022