Malaysia legislation

Section 39

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2022

Seksyen 39

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 134b dengan seksyen yang berikut:

“Keutamaan pembayaran dalam penggulungan anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam 134b.  Dalam penggulungan suatu anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam di dalam atau di luar

(a)

aset anggota penerima deposit itu, tertakluk kepada perenggan (b) hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1647

daripada semua liabiliti tidak bercagar lain anggota penerima deposit itu selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016

dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10

Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori deposit Islam yang berlainan boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209; dan

(b)

walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk kepada apa–apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a) Akta Syarikat 2016 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa–apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f)

Akta Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa–apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan.”.

Pindaan seksyen 137