Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “Akta dimansuhkan”

takrif yang berikut:

‘ “akaun pelaburan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(b)

dalam takrif “berkaitan”, dengan menggantikan perkataan

“seksyen 6” dengan perkataan “seksyen 7”;

(c)

dengan menggantikan takrif “deposit Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “deposit Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “deposit konvensional” dengan takrif yang berikut:

‘ “deposit konvensional” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “deposit”

di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 dan tidak termasuk suatu deposit Islam;’;

(e)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “manfaat insurans”, dengan memasukkan selepas perkataan

“kejadian” perkataan “atau lebih”;

(f)

dengan menggantikan takrif “Pendaftar Syarikat” dengan takrif yang berikut:

‘ “Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20a(1) Akta Suruhanjaya

Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614];’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(g)

dalam takrif “perbadanan”, dengan menggantikan perkataan

“seksyen 4” dengan perkataan “seksyen 3”; dan

(h)

dalam takrif “syarikat insurans”, dengan menggantikan perkataan “dan Danajamin Nasional Berhad”

dengan perkataan “, Danajamin Nasional Berhad dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan atau perniagaan insurans jaminan kredit semata-mata”.

Pindaan seksyen 11

Section 3 — AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2022