Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 11 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Menteri, dalam melantik pengarah di bawah perenggan (2)(d) dan (e), hendaklah memberi perhatian kepada—
(a)
kepelbagaian lembaga pengarah dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
(b)
kejujuran dan kedudukan orang itu; dan
(c)
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, insurans, ekonomi atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya untuk melaksanakan fungsinya sebagai seorang pengarah.
(2b)
Setiap pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b)
atau (c) boleh menugaskan secara bertulis suatu jawatan dalam organisasinya sebagai pengarah silih ganti yang akan menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah itu apabila pengarah itu bagi apa-apa sebab tidak dapat hadir.
(2 c) Bagi mengelakkan keraguan, bagi maksud subseksyen 15(9) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia boleh ditugaskan sebagai pengarah silih ganti di bawah subseksyen (2b).
(2d)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c), pengarah silih ganti itu hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai pengarah Lembaga.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1647
Pindaan seksyen 12