Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(2)
Walau apa pun subsubperenggan 41(1)(a)(EA), semua pelaburan berkaitan derivatif yang telah ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga ia matang, dikeluarkan sepenuhnya atau selainnya ditamatkan, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, deposit Islam yang diterima oleh suatu anggota penerima deposit di bawah Akta Perbankan
Islam 1983 [Akta 276] yang dimansuhkan yang disifatkan sebagai deposit Islam di bawah seksyen 288 Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 dan yang telah ditentukan sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga mereka terhenti disifatkan sebagai deposit Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.