Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seseorang pengarah silih ganti yang ditugaskan dalam subseksyen 11(2b) oleh seorang pengarah yang disebut dalam perenggan 11(2)(b) atau (c) (dalam subseksyen ini disebut sebagai “pengarah prinsipal”) hendaklah, melainkan jika tugasan itu terlebih dahulu dibatalkan secara bertulis atau jawatan itu tidak lagi wujud, terhenti menjadi pengarah silih ganti apabila pengarah prinsipal terhenti menjadi anggota
Lembaga.”.