Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 13

Pindaan seksyen 26b

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pemohon boleh, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu permohonan terbahagi untuk membahagikan suatu permohonan menjadi dua atau lebih permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, dengan syarat bahawa setiap permohonan terbahagi tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu permintaan bagi permohonan terbahagi di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibenarkan oleh Pendaftar jika sebelum tarikh permintaan itu, permohonan asal atau permohonan sebelumnya yang terdekat yang berhubungan dengan permohonan asal itu telah—

(a)

diberikan suatu paten;

(b)

ditolak;

Paten (Pindaan)

(c)

disifatkan telah ditarik balik;

(d)

ditarik balik; atau

(e)

ditinggalkan.

(1b)

Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan permohonan terbahagi, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“tarikh prioriti” dengan perkataan “tarikh pemfailan dan apa-apa hak prioriti di bawah seksyen 27, jika hak prioriti itu dituntut,”.

Seksyen baharu 26c