Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26b seksyen yang berikut:
“Pendepositan mikroorganisma 26c. (1) Jika reka cipta melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon atau mana-mana orang lain dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau
Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan paten itu.
(2)
Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa
Depositari Antarabangsa yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dibuat mengikut Triti Budapest.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1649
(4)
Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari
Antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diiktiraf sebagai memenuhi kehendak penzahiran dalam permohonan paten.
(5)
Mana-mana orang boleh membuat permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan di bawah subseksyen (1) mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “Triti Budapest” ertinya
Triti Budapest mengenai Pengiktirafan Antarabangsa Pendepositan
Mikroorganisma bagi Maksud Prosedur Paten yang dibuat di Budapest pada 28 April 1977.”.
Pindaan seksyen 27