Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 16

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan memasukkan selepas perkataan “suatu perihalan” perkataan “termasuk suatu senarai jujukan, jika ada”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud perenggan (1)(d), jika permohonan itu mengandungi lebih daripada sepuluh tuntutan, setiap tuntutan yang berikutnya hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (d), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1a), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya dalam tempoh yang ditetapkan.”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika—

(a)

pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan pembetulan yang dikehendaki sebagai tarikh pemfailan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1649

(b)

pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonan itu hendaklah dikira sebagai ditinggalkan;

(c)

pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) sebagai tarikh pemfailan; atau

(d)

pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) bagi sepuluh tuntutan pertama sahaja sebagai tarikh pemfailan.”;

(f)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “lukisan yang hilang itu” perkataan

“dalam tempoh yang ditetapkan”; dan

(g)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (2), (2a) dan (4) tidak boleh dilanjutkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 82.”.

Pindaan seksyen 29a

Section 16 — PATENTS (AMENDMENT) ACT 2022 | mylaw.my