Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 17

Seksyen 29a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“maka pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan sebagai ganti pemeriksaan substantif”

dengan perkataan “pemohon boleh, sebagai ganti pemfailan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif, memfailkan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan dalam tempoh yang ditetapkan”;

Paten (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“borang yang ditetapkan” dengan perkataan

“bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”;

(c)

dengan memotong subseksyen (4);

(d)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Jika pemohon gagal untuk—

(a)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1); atau

(b)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan di bawah subseksyen (2), dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan untuk mendapatkan paten itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik pada akhir tempoh itu.”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Walau apa pun perenggan (5)(b), Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, membenarkan penangguhan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan yang disebut dalam subseksyen (2).

(6a)

Penangguhan di bawah subseksyen (6) boleh dibenarkan hanya atas alasan bahawa paten atau hak milik lain bagi perlindungan harta perindustrian belum diberikan atau tidak boleh didapati sebelum habis tempoh yang ditetapkan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan.”; dan

(f)

dalam subseksyen (7), dengan memotong perkataan

“(1) atau”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1649

Pindaan seksyen 30