Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 20

Penggantian seksyen 32a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 32a dengan seksyen yang berikut:

“Notis amanah dalam Daftar 32a.  (1)  Notis mengenai mana-mana amanah tersirat atau konstruktif tidak boleh disetuju terima oleh Pendaftar atau dimasukkan ke dalam Daftar.

(2)

Notis mengenai suatu amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, atau kedua-duanya, boleh disetuju terima oleh Pendaftar dan dimasukkan ke dalam Daftar.

Paten (Pindaan)

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Pendaftar tidak boleh terjejas dengan notis amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, dan kegagalan untuk memasukkan notis itu ke dalam Daftar tidak menjejaskan apa-apa hak atau kewajipan di bawah amanah itu.”.

Penggantian seksyen 33

Section 20 — PATENTS (AMENDMENT) ACT 2022 | mylaw.my