Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Seksyen 34 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jika permohonan paten telah disiarkan di bawah seksyen 33d, apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima, Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam mengikut cara yang ditetapkan maklumat atau dokumen yang berikut yang berhubungan dengan permohonan paten setakat mana maklumat atau dokumen itu berada dalam milikan
Pendaftar—
(a)
nama, alamat dan perihalan pemohon, dan nama dan alamat ejennya, jika ada;
(b)
nombor permohonan itu;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1649
(c)
tarikh pemfailan permohonan itu, dan jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti itu, nombor permohonan yang terdahulu, nama negara yang permohonan yang terdahulu itu telah difailkan, atau jika permohonan yang terdahulu itu ialah permohonan serantau atau antarabangsa, nama negara yang baginya dan pejabat yang permohonan itu telah difailkan;
(d)
butir-butir permohonan termasuk perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, jika ada, dan abstrak dan apa-apa pindaan kepada permohonan itu, jika ada;
(e)
apa-apa perubahan pemunyaan permohonan itu dan apa-apa rujukan kepada kontrak lesen yang berhubungan dengan permohonan itu;
(f)
laporan carian dan pemeriksaan;
(g)
komunikasi berkenaan dengan permohonan paten daripada pemohon kepada Pejabat Pendaftaran
Paten sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar; dan
(h)
petikan bahan bertulis berkaitan paten dan bukan paten yang dikemukakan oleh pemohon atau mana-mana orang lain kepada Pejabat
Pendaftaran Paten.”;
(b)
dengan memotong subseksyen (2);
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika tiada permintaan dibuat oleh pemohon di bawah perenggan 33d(1)(b), mana-mana orang yang berhasrat untuk memeriksa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum habis tempoh
Paten (Pindaan)
19
lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu, hendaklah membuat permintaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar disertakan dengan—
(a)
kebenaran bertulis pemohon itu; dan
(b)
pembayaran fi yang ditetapkan.”; dan
(d)
dalam subseksyen (5), perenggan (6)(b) dan subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “dijadikan tersedia bagi pemeriksaan awam” dengan perkataan
“disiarkan di bawah seksyen 33d”.
Seksyen baharu 34a