Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Seksyen 49 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan
“dijual dengan harga tinggi yang tidak berpatutan atau”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Walau apa pun subseksyen (1), pada bila-bila masa selepas pemberian paten, mana-mana orang boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendapatkan lesen wajib—
(a)
jika keluaran yang dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam pasaran domestik dijual dengan harga tinggi yang tidak munasabah tanpa apa-apa sebab yang sah; atau
(b)
bagi maksud pengeluaran keluaran farmaseutikal dalam Malaysia dan pengeksportan keluaran farmaseutikal itu ke negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awamnya.”; dan
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Sesuatu lesen wajib” dengan perkataan “Kecuali bagi perenggan (1a)(b), sesuatu lesen wajib”.
Pindaan seksyen 50