Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 37

Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“royalti” dengan perkataan “saraan yang memadai”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1 a)  Sebagai tambahan kepada kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib di bawah perenggan 49(1a)(b) hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan.”;

Paten (Pindaan)

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49 atau suatu permintaan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49a, Pendaftar hendaklah memberikan salinan permohonan atau permintaan itu kepada pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu peluang untuk membuat pemerhatian terhadap permohonan atau permintaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (3).

Pindaan seksyen 51

Section 37 — PATENTS (AMENDMENT) ACT 2022 | mylaw.my