Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Akta ini, dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “hak” takrif yang berikut:
‘ “Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 86a;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “keluaran” takrif yang berikut:
‘ “keluaran farmaseutikal” ertinya—
(a)
apa-apa keluaran yang dipaten; atau
(b)
apa-apa keluaran dikilangkan melalui proses yang dipaten, bagi sektor farmaseutikal yang termasuklah bahan aktif yang perlu bagi pengilangannya dan kit diagnostik yang diperlukan bagi kegunaannya;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “majikan” takrif yang berikut:
‘ “Majlis TRIPS” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perjanjian TRIPS;’;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;’;
Paten (Pindaan)
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “pekerja” takrif yang berikut:
‘ “pemastautin” termasuklah—
(a)
seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia;
(b)
seorang bukan warganegara Malaysia yang—
(i)
telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; atau
(ii)
bermastautin di Malaysia menurut pas yang dikeluarkan s e c a r a s a h k e p a d a n y a di bawah Akta Imigresen 1959/63
[Akta 155] untuk masuk dan kekal di Malaysia;
(c)
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing; atau
(d)
suatu badan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;’; dan
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “Perbadanan” takrif yang berikut:
‘ “Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian Perdagangan
Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek yang dinyatakan dalam Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan
Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa” ertinya suatu institusi depositari yang telah memperoleh status pihak berkuasa depositari antarabangsa di bawah
Triti Budapest;’.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1649
Pindaan seksyen 13