Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Seksyen baharu 55a
seksyen yang berikut:
“Bangkangan paten 55a. (1) Jika tiada prosiding di bawah mana-mana peruntukan
Akta ini dimulakan di Mahkamah berhubung dengan suatu paten, mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh penyiaran pemberian paten, memulakan prosiding bangkangan dengan memfailkan notis bangkangan terhadap pemunya paten berhubung dengan pemberian paten itu kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 56(2)(a), (b) atau (c) bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Jika orang yang berkepentingan itu bukan seorang pemastautin, jaminan kos bagi prosiding bangkangan sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar hendaklah diberikan oleh orang yang berkepentingan itu semasa pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1).
(3)
Selepas pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1), apa-apa permintaan atau pemfailan dokumen yang dibuat oleh orang yang berkepentingan atau pemunya paten berhubung dengan prosiding bangkangan hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(4)
Pendaftar boleh membentuk suatu jawatankuasa bangkangan ad hoc untuk memberi cadangan kepada Pendaftar dalam membuat keputusan terhadap notis bangkangan itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1649
(5)
Pada akhir prosiding bangkangan, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada untuk—
(a)
mengekalkan paten itu;
(b)
mengekalkan paten itu dengan apa-apa pindaan; atau
(c)
mentaksahkan paten itu.
(6)
Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten di bawah perenggan (5)(a) atau (b), tiada permohonan di bawah seksyen 56 boleh dibuat oleh orang yang berkepentingan itu berhubung dengan paten yang berkenaan kecuali dengan cara tuntutan balas bagi pembatalan di bawah subseksyen 60(3) atau rayuan kepada Mahkamah di bawah seksyen 88.
(7)
Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten dengan apa-apa pindaan di bawah perenggan (5)(b), pindaan itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tarikh pemberian paten.
(8)
Apa-apa keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini atau apa-apa rayuan daripada keputusan Pendaftar itu di bawah seksyen 88 tidak menghalang mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding langgaran daripada mentaksahkan paten itu atas mana-mana alasan yang disebut dalam seksyen 56.
(9)
Dalam seksyen ini, “orang yang berkepentingan”
termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”.
Pindaan seksyen 56