Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56
seksyen yang berikut:
“Prosiding pentaksahan selepas pemfailan notis bangkangan 56a. (1) Jika notis bangkangan yang difailkan oleh orang yang berkepentingan di bawah seksyen 55a belum diputuskan oleh
Pendaftar, orang yang berkepentingan itu tidak boleh memulakan apa-apa prosiding Mahkamah terhadap pemunya paten itu bagi pentaksahan paten yang berkenaan di bawah seksyen 56
melainkan jika—
(a)
kedua-dua pihak dalam prosiding bangkangan bersetuju bagi prosiding pentaksahan itu dimulakan di hadapan
Mahkamah; atau
(b)
orang yang berkepentingan itu ialah defendan dalam prosiding langgaran.
(2)
Sebelum orang yang berkepentingan itu memulakan prosiding pentaksahan di bawah seksyen 56 menurut perenggan (1)(a) atau (b), orang yang berkepentingan itu hendaklah—
(a)
memberitahu Pendaftar mengenai niatnya untuk memulakan prosiding itu; dan
(b)
menarik balik notis bangkangan yang difailkan di bawah seksyen 55a mengikut cara yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 57