Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Seksyen baharu 76a
seksyen yang berikut:
“Pengkompaunan kesalahan 76a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Pegawai berkuasa boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai berkuasa suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu
Paten (Pindaan)
31
tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh pegawai berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan pegawai berkuasa boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa buku, akaun, dokumen atau artikel yang disita berkenaan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai berkuasa.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh pegawai berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.”.
Penggantian seksyen 78f