Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Pindaan seksyen 78o
Seksyen 78o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika pemohon menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini bagi permohonan antarabangsa yang melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon itu atau mana-mana orang lain dengan
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa
Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan antarabangsa itu.”.