Malaysia legislation

Section 56

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 56

Pindaan seksyen 79

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon untuk mendapatkan paten mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda permohonan paten, atau apa-apa dokumen yang dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Paten berhubung dengan permohonan itu, bagi maksud—

(a)

membetulkan salah tulis atau kesalahan ketara; atau

Paten (Pindaan)

(b)

menukar nama atau alamat pemohon atau pereka cipta.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Permintaan bagi pindaan yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dibenarkan jika prosiding

Mahkamah berhubung dengan hak kepada permohonan paten di bawah seksyen 19 belum selesai.

(1b)

Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, atau abstrak, permohonan paten, dengan syarat bahawa pindaan itu tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal sebagaimana yang difailkan.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”.

Pindaan seksyen 79a

Section 56 — PATENTS (AMENDMENT) ACT 2022 | mylaw.my