Malaysia legislation

Section 57

of AKTA PATEN (PINDAAN) 2022

Seksyen 57

Seksyen 79a Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permintaan bagi pindaan paten di bawah subseksyen (1) menghendaki seorang Pemeriksa untuk memeriksa semula paten itu, pemunya paten hendaklah memfailkan suatu permintaan pemeriksaan semula dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

(1b)

Walau apa pun subseksyen (1a), pemohon boleh atas kerelaannya sendiri, membuat permintaan bagi pemeriksaan semula paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1649

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Pendaftar tidak boleh membuat pindaan di bawah seksyen ini jika terdapat—

(a)

mana-mana prosiding yang dalamnya kesahan paten itu mungkin menjadi isu yang belum selesai di hadapan mana-mana mahkamah;

atau

(b)

mana-mana prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a yang belum selesai di hadapan

Pendaftar.”.

Pindaan seksyen 80