Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Seksyen 80 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (1)(d), dengan menggantikan perkataan
“meminda kos” dengan perkataan “mengawardkan kos, termasuk penilaian kos dan cara kos itu akan dibayar”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.”;
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“perenggan (1)(a), (b) dan (c)” dengan perkataan
“perenggan (1)(a) dan (b)”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika mana-mana orang tidak mematuhi apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan (1)(c) tanpa apa-apa alasan yang sah di sisi undang-undang, permohonannya di bawah
Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan.”; dan
Paten (Pindaan)
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Tiada apa-apa pun dalam Akta ini boleh menghalang penzahiran maklumat oleh Pendaftar kepada Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan atau
Pihak Berkuasa Kompeten berkaitan yang ditubuhkan di bawah Akta Akses kepada Sumber Biologi dan
Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] bagi maksud
Pejabat Pendaftaran Paten bertindak sebagai tempat pemeriksaan di bawah Akta itu berkenaan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan paten sebelum penyiaran permohonan paten yang disebut dalam seksyen 33d.”.
Pindaan seksyen 81