Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 86
seksyen yang berikut:
“Jurnal Rasmi Harta Intelek 86a. (1) Pendaftar hendaklah menyiarkan Jurnal Rasmi Harta
(a)
semua perkara yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan
(b)
apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
(2)
Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia Jurnal Rasmi itu kepada mana-mana orang apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima.
(3)
Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4)
Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah apabila dikemukakan dalam apa-apa prosiding undang-undang diterima sebagai keterangan tanpa diberikan bukti selanjutnya bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.
(5)
Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalamnya.
(6)
Jika Jurnal Rasmi itu disiarkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi itu disiarkan pada kali pertama dalam apa-apa bentuk.”.
Paten (Pindaan)
39
Pindaan seksyen 87