Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 87
seksyen yang berikut:
“Arahan atau notis amalan oleh Pendaftar 87a. (1) Pendaftar boleh mengeluarkan arahan atau notis amalan kepada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
(2)
Arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Jurnal
Rasmi dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu.
(3)
Mana-mana orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan hendaklah mematuhi arahan atau notis amalan itu.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1649
(4)
Pendaftar boleh meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian arahan atau notis amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
(5)
Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pindaan pada arahan atau notis amalan yang dibuat di bawah subseksyen (4).
(6)
Apa-apa permohonan atau paten di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik, ditaksahkan atau luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika mana-mana arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar tidak dipatuhi oleh orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu.”.
Pindaan seksyen 88