Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88
seksyen yang berikut:
“Kos prosiding di hadapan mahkamah 88a.
Dalam semua prosiding di hadapan mahkamah, mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, mengaward mana-mana pihak termasuk Pendaftar apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya munasabah tetapi Pendaftar tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mana-mana pihak.
Paten (Pindaan)
41
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 88b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pemeriksa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pendaftar, jika perbuatan itu telah diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.
Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada Pendaftar 88c. (1) Suatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten dalam prosiding termasuk rayuan terhadap permohonan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar oleh pihak dalam permohonan itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(2)
Apabila salinan permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan paten atau paten itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, perintah atau penghakiman mahkamah selanjutnya.
(3)
Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1649
(4)
Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3) diterima, Pendaftar hendaklah—
(a)
merekodkan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Daftar; dan
(b)
menyebabkan perintah atau penghakiman itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi jika difikirkan perlu oleh
Pendaftar.
Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding tertentu 88d. Dengan tiadanya kausa tindakan terhadap Pendaftar,
Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding yang berikut:
(a)
prosiding penyerahhakan kehakiman di bawah seksyen 19;
(b)
rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam memberikan lesen wajib di bawah seksyen 51;
(c)
rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a;
(d)
prosiding pentaksahan di bawah seksyen 56;
(e)
prosiding langgaran di bawah seksyen 59; atau
(f)
rayuan terhadap keputusan Menteri di bawah seksyen 84.
Kuasa untuk meminda Jadual 88e.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”.
Paten (Pindaan)
43
Peruntukan kecualian dan peralihan