Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Seksyen baharu 108a, 108b, 108c, 108d, 108e, 108f, 108g dan 108h
seksyen yang berikut:
“Pemunya benefisial syarikat Labuan 108a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan langsung atau tidak langsung atau kawalan syer atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunya benefisial 108b. (1) Sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk mengetahui dan mengenal pasti pemunya benefisial syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.