Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Subseksyen 101(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan takrif “perniagaan insurans Labuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “perniagaan insurans Labuan” ertinya perniagaan insurans dan insurans semula termasuklah perniagaan takaful dan takaful semula, perniagaan insurans kaptif Labuan dan perniagaan insurans lain yang diluluskan oleh Lembaga tetapi tidak termasuk apa-apa perniagaan insurans yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia;’.