Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 15
(a)
dengan cara mendepositkan dalam apa-apa mata wang dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(iii)
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618];
(iv)
mana-mana bank Islam yang dilesenkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759]; atau
(v)
mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang;
(c)
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949
[Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan
Lembaga, berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang Kerajaan
Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
(d)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
(e)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara
Malaysia;
(f)
dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham yang diiktiraf di luar
Malaysia tertakluk kepada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing itu;
(g)
dalam sekuriti yang juga merangkumi bon, nota, kertas gadai janji, nota perdagangan dan lain-lain surat cara hutang syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di dalam bidang kuasa asing;
(h)
dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(i)
dalam pembangunan bangunan dan infrastruktur yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(j)
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif bagi pelaburan Tabung;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1668
(k)
dalam dana yang berdomisil di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing yang termasuk mandat berasingan yang melabur dalam aset di bawah seksyen ini;
(l)
di dalam produk sebagaimana yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau mana-mana pengawal selia lain yang berkaitan di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(m)
dalam penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing bagi maksud menjalankan pelaburan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini; dan
(n)
dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan.”.
Seksyen baharu 24 dan 25