Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 4
(a)
dalam perenggan (3)(e), dengan memasukkan selepas perkataan “dilantik oleh Menteri” perkataan “atas nasihat
Lembaga”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (3), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a)
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota
Lembaga; dan
(b)
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota
Lembaga.
(3b)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (3), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Lembaga, jika dia—
(a)
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(b)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
(c)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
(e)
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
atau
(f)
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertimbangannya.
(3c)
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3b)
hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.”.
Pindaan seksyen 6