Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) seorang wakil daripada Kementerian
Pertahanan;”;
(ii)
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) seorang wakil daripada Kementerian
Kewangan;”; dan
(iii)
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) empat orang anggota lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, pengurusan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1668
risiko pelaburan, aktuari, perbankan, undang-undang atau kewangan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Bagi maksud perenggan (2)(a), Pengerusi tidak boleh menjadi Pengerusi Lembaga.
(2b)
Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a)
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota
Panel Pelaburan; dan
(b)
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota
Panel Pelaburan.
(2c)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Panel Pelaburan, jika dia—
(a)
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(b)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
(c)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
(e)
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(f)
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertimbangannya.
(2d)
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (2c)
hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.”.
Penggantian seksyen 8