Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen 12 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaun seseorang pencarum di bawah
Akta ini hanya boleh dikeluarkan—
(a)
apabila pencarum itu mati;
(b)
apabila pencarum itu telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental;
(c)
apabila pencarum itu mencapai umur lima puluh tahun dan, jika pencarum itu ialah seorang pegawai, apabila pegawai itu mencapai umur persaraan wajib;
(d)
tiga puluh hari selepas pencarum itu bersara daripada perkhidmatan; atau
(e)
tiga puluh hari selepas pencarum itu diberhentikan daripada perkhidmatan.”;
(b)
dalam subseksyen (1a), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(b) atau (c)” dengan perkataan
“perenggan (1)(c), (d) atau (e)”;
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:
“(1b) Bagi maksud pengeluaran di bawah perenggan 12(1)(a) atau (b), Lembaga hendaklah membenarkan pengeluaran semua jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum di bawah Akta ini, sekiranya—
(a)
dimohon oleh waris pencarum apabila pencarum itu mati; atau
(b)
dimohon oleh waris kadim kepada pencarum yang telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental.”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Pencarum yang telah diberhentikan atau bersara daripada perkhidmatan boleh memilih untuk mengeluarkan atau menyimpan apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam Tabung dan amaun yang ada itu berhak menerima kadar keuntungan bagi caruman yang disimpan dalam Tabung di bawah Akta ini.”; dan
(e)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“perenggan (1)(b)” dengan perkataan “perenggan (1)(d)
dan (e)”.
Penggantian seksyen 15