Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Warta, menetapkan—
seksyen yang berikut:
“Pertukaran milikan interim kenderaan motor 13a. (1) Walau apa pun seksyen 13, jika seorang pemunya berdaftar menjual kenderaan motornya kepada peniaga bagi maksud untuk dijual semula, pemunya berdaftar itu boleh memohon kepada Pengarah supaya suatu pertukaran milikan interim kenderaan motor itu dibuat daripada pemunya berdaftar kepada peniaga itu mengikut bentuk dan cara dan dengan bayaran fi sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Pengarah hendaklah, apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah subseksyen (1), membuat catatan yang perlu dalam daftar yang berhubungan dengan pertukaran milikan interim itu.
(3)
Pertukaran milikan interim hendaklah berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan.
(4)
Sekiranya peniaga tidak dapat menjual kenderaan motor itu kepada mana-mana orang selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), peniaga itu hendaklah didaftarkan sebagai pemunya baharu kenderaan motor itu.
(5)
Bagi maksud subseksyen (4), Pengarah hendaklah membuat perubahan yang perlu dalam daftar dan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu dan hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran yang telah diubah itu kepada peniaga itu.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “peniaga” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
atau suatu perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] yang menjalankan urus niaga kenderaan motor terpakai.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1684
Pindaan subkepala dalam Bahagian II