Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pindaan seksyen 56
(a)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Pengarah tidak boleh mengeluarkan suatu lesen vokasional melainkan jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
dalam hal lesen untuk memandu, pemohon berumur lebih daripada dua puluh satu tahun;
(b)
dalam hal lesen untuk bertindak sebagai seorang konduktor, pemohon berumur lebih daripada lapan belas tahun;
(c)
pemohon bukan merupakan pemegang lesen belajar memandu atau lesen memandu percubaan;
(d)
dalam hal pemohon yang merupakan orang bekerja sendiri, pemohon telah berdaftar dan membayar caruman di bawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]; dan
(e)
pemohon memenuhi syarat-syarat yang lain sebagaimana yang ditetapkan.”;
(b)
dalam subseksyen (4)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“atau” selepas perkataan “lesen itu;”; dan
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) pemegang lesen vokasional itu ialah orang bekerja sendiri, pemegang lesen vokasional itu tidak berdaftar dan tidak mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri 2017; atau”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (9) subseksyen yang berikut:
“(10) Bagi maksud seksyen ini, “orang bekerja sendiri” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.”.
Penggantian seksyen 57