Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1693 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1693
AKTA KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 2
Akta A1693
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
5 Ogos 2023
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
11 Ogos 2023
Hakcipta Pencetak H
Kesihatan Mental (Pindaan)
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Penggantian seksyen 11
Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
“Penangkapan orang yang bercelaru mental, dsb.
Quoted provision
mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta; atau
mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1693
AKTA KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1693
Pegawai intervensi krisis hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa perlu untuk berbuat sedemikian bagi maksud penangkapan di bawah seksyen ini.
Pegawai intervensi krisis boleh, semasa menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2)—
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selainnya masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu; atau
Pegawai intervensi krisis yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas penangkapan itu, membawa orang itu kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai intervensi krisis”
ertinya mana-mana—
pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Akta Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia 2004 [Akta 633];
Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 [Akta 341] dan Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik di bawah seksyen 4a Akta Perkhidmatan
Bomba 1988;
Kesihatan Mental (Pindaan)
anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia 1951 [Akta 221]; dan
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.